Ucapan Dasar Presiden KEADILAN di Kongres Nasional ke-18
Menyatukan Perjuangan Demi Keadilan dan Reformasi Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, saya diberi ruang dan kepercayaan untuk menyampaikan Ucapan Dasar sebagai Presiden KEADILAN pada Kongres Nasional ke-18 malam tadi. Ucapan ini bukan sekadar ringkasan dasar kerajaan, tetapi merupakan seruan dan tekad untuk memperjuangkan agar KEADILAN terus menjadi obor harapan rakyat. Saya menegaskan bahawa perjuangan untuk reformasi mesti diteruskan tanpa gentar, dengan tujuan mengukuhkan integriti, menolak segala bentuk rasuah, dan memastikan tadbir urus negara berasaskan prinsip keadilan, ketelusan, dan akauntabiliti. Ini adalah asas penting demi membina sebuah negara yang adil dan bertanggungjawab. KEADILAN harus menjadi benteng kukuh menentang politik kebencian, fitnah, dan perkauman sempit yang hanya memecahbelahkan rakyat serta melemahkan negara. Saya menyeru semua pemimpin dan ahli KEADILAN agar terus menjadi suara bagi rakyat yang menderita, pembela bagi ya...