Konflik Israel-Lubnan: Hizbullah Lancar Serangan Fadi-3 ke Arah Haifa
Ketegangan antara Israel-Lubnan semakin memuncak selepas Hizbullah melancarkan serangan peluru berpandu Fadi-3 ke arah Pangkalan Udara Ramat David. Beirut, 28 September 2024 – Hizbullah, kumpulan pejuang dari Lubnan, telah melancarkan serangan peluru berpandu Fadi-3 terhadap Pangkalan Udara Ramat David di Israel. Serangan ini berlaku ketika Lubnan sedang menghadapi serangan udara yang berterusan dari pihak Israel sejak awal pagi tadi. Menurut laporan yang disiarkan oleh Al-Jazeera , Hizbullah mengumumkan serangan ini melalui kenyataan di saluran Telegram rasminya. Pangkalan udara yang terletak kira-kira 20 km di tenggara bandar Haifa itu disasarkan oleh peluru berpandu Fadi-3. Walaupun siren serbuan udara dibunyikan di bandar sekitar Haifa, tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan besar setakat ini. Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/konflik-israel-lubnan-hizbullah-lancar-serangan-fadi-3-ke-arah-haifa/