KKM Saran Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka Cegah Varian Baharu

 

KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan kes COVID-19 dan penularan varian baharu yang dikenali dengan nama XBB.1.16 ataupun Arcturus, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan dengan menyarankan semua pelajar dan murid sekolah memakai pelitup muka.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pertemuan segera akan diadakan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bertujuan untuk membincangkan bagaimana cara untuk mengekang penularan semula COVID-19 di sekolah.

Garis Panduan SOP di Sekolah

Tambahnya lagi, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang membabitkan semua murid dan pelajar di sekolah akan mula dikeluarkan iaitu sebelum sesi persekolahan pada 2 Mei ini dimulakan selepas cuti sempena Aidilfitri sebagai langkah berjaga-jaga.

Perbincangan mengenai garis panduan keperluan untuk mengekang penularan wabak serta varian baharu Arcturus ini di sekolah juga akan dibincangkan melalui pertemuan dengan Menteri Pendidikan yang akan diadakan pada minggu ini.

Ujarnya, SOP yang akan dikeluarkan nanti adalah sangat penting untuk elakkan penyebaran virus berlaku dan bagi mengenalpasti murid yang terkena jangkitan selepas bergerak ke sana sini sepanjang cuti raya di mana keadaan ini boleh menjadi punca COVID-19 kembali menular di sekolah.

Terdapat Enam Kes Varian Baharu

Dedahnya lagi, enam kes varian baharu COVID-19 XBB1.16 ataupun dikenali Arcturus berjaya dikesan di Lembah Klang. Untuk rekod, jumlah kes dijangkiti varian itu setakat ini telah meningkat kepada 12 kes.

Malah, daripada jumlah itu, terdapat empat kes baharu yang dikesan di Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan enam kes awal yang bermula di Sarawak.

Baca lagi | https://themalaysiapost.com/kkm-saran-pelajar-sekolah-pakai-pelitup-muka-cegah-varian-baharu/

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif