Meraikan Kunjungan Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto
Langkah Maju dalam Mempererat Hubungan Malaysia-Indonesia Hari ini, saya berpeluang meraikan kehadiran sahabat baik saya, Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, dalam lawatan kerja rasminya ke negara ini. Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Presiden pada Oktober 2024. Kunjungan ini menandakan satu lagi langkah penting dalam mempereratkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia. Bertempat di Rumah Tangsi, kami mengadakan jamuan makan tengah hari tertutup, yang menjadi ruang bagi kami untuk berbicara secara terbuka mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua negara. Meskipun pertemuan kami berlangsung dalam satu jamuan yang singkat, perbincangan yang dijalankan merangkumi banyak topik yang berpotensi memberi impak besar, antaranya adalah isu perbatasan, pengambilan tenaga kerja, koordinasi masalah nelayan di kawasan pertikaian Selat Melaka, serta aspek perdagangan, pelaburan, ekono...