Ini 10 Pekerjaan Baru Di Masa Depan Yang Diperlukan Oleh Seluruh Dunia – WEF
World Economic Forum meramalkan bahawa terdapat 10 jenis pekerjaan baru di masa depan yang akan menjadi keperluan global pada tahun 2025. Oleh itu, bagi anda yang ingin melanjutkan pelajaran, disarankan untuk mengambil kursus yang mempunyai kaitan dengan 10 jenis pekerjaan masa depan yang merupakan keperluan global pada tahun 2025 ini. Pekerjaan masa depan merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan yang mungkin berkembang dan menjadi penting dalam konteks masyarakat dan ekonomi yang semakin maju. Terdapat beberapa pekerjaan masa depan yang penting dan berpotensi berkembang di Malaysia yang boleh anda ketahui melalui perkongsian di bawah! 10 Jenis Pekerjaan Baru Di Masa Depan Yang Bakal Popular #1. Data Analysts dan Data Scientist Data Analyst berperanan dalam mengumpul dan menganalisis data untuk menjawab soalan-soalan tertentu, sementara Data Scientist menggunakan kaedah dan algoritma yang kompleks untuk memecahkan masalah dan menghasilkan wawasan yang lebih mendalam dari data. Baca l...