Posts

Showing posts with the label Kelantan

Bawa Staf Bercuti Ke Langkawi, Khairul Aming Tutup Kilang 5 Hari

Image
  Khairul Aming, seorang usahawan yang terkenal dengan produk makanannya, telah menarik perhatian ramai dengan sikap penghormatan terhadap kakitangannya, terutama mereka yang bekerja di dua buah kilang Sambal Nyet di Kelantan. Kali ini, pempengaruh media sosial serta usahawan berjaya yang berusia 31 tahun itu membuat keputusan menarik dengan menutup kilang selama lima hari untuk membawa ke semua 60 orang staf pergi bercuti ke Langkawi. Turut Sediakan Penginapan Hotel 5 Bintang Tidak hanya itu, Khairul Aming juga telah menyediakan penginapan di sebuah hotel lima bintang untuk semua pekerjanya, mengatur aktiviti seperti bermain jet ski, meneroka gua, snorkelling, dan juga menyediakan yacht peribadi agar pekerjanya dapat menikmati keindahan matahari terbenam. Bahkan, demi memberikan kegembiraan dalam percutian tersebut, Khairul Aming juga telah membelanjakan mereka di sana. Perkongsian mengenai tindakan ini telah membuatkan warganet tercengang dan mengatakan bahawa tindakan usahawan t...