Gempa Bumi di Sumatera Utara, Gegaran Hingga ke Cameron Highlands
Menurut kenyataan Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 86 kilometer dan terletak kira-kira 84 kilometer di barat daya Padang Sidempuan, Indonesia. Beliau juga turut menyatakan bahawa gempa bumi tersebut berpotensi untuk dirasai di beberapa wilayah termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka serta Johor. “Namun, tiada ancaman tsunami ke Malaysia,” katanya. Gegaran dirasai di pelbagai daerah Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JPBM) turut mengesahkan menerima panggilan berkaitan gegaran yang dirasai oleh penghuni Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras, di sini. Menurut jurucakap JPBM KL, pasukan pemadam bersama mesin telah dihantar ke lokasi tersebut untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut. Semakan di Twitter mendapati pengguna daripada pelbagai lokasi juga merasai gegaran itu. Antara reaksi termasuk mencari pengesahan insiden tersebut selepas ber...