10 Tempat Menarik Di Terengganu Paling Terbaik
Terletak di timur semenanjung Malaysia, Terengganu menjadi tempat tumpuan pelancongan dari dalam mahupun luar negara. Ekoran dari kekayaannya dengan pulau-pulau yang indah,hutan yang masih terpelihara flora dan faunanya, keunikan kebudayaannya disamping terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang enak. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk melancong ke Terengganu. Disini kami ingin memperkenalkan 10 tempat yang menarik yang wajib anda lawati semasa bercuti ke sini. Senarai Tempat Menarik di Terengganu Paling Popular #1. Masjid Kristal Melihat dari jauh, anda pasti rasa terpukau dengan tersergam indah sebuah masjid yang dibina diatas sungai. Masjid Kristal menjadi lebih indah terutama apabila melihatnya selepas terbenam matahari kerana ianya dilimpahi cahaya lampu yang berwarna warni. Selain dari menjadi tempat ibadat bagi kaum muslim, masjid kristal dapat menarik perhatian pelancong kerana keunikannya dari strusktur binaanya yang menggunakan besi, kaca dan kristal mem...