Pendaratan Kecemasan di Kota Kinabalu Mencemaskan Penumpang Pesawat Filipina
Sebuah pesawat Airbus A320 yang dimiliki oleh Cebu Pacific Air telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) selepas didakwa mengalami masalah enjin semalam. Pesawat tersebut membawa 92 orang penumpang dan krew dan berlepas dari Cebu, Filipina pada pukul 7.55 malam dan didakwa mengalami masalah dengan enjin kiri semasa dalam penerbangan. Menyedari perkara tersebut, juruterbang pesawat tersebut memutuskan untuk mendarat di KKIA pada pukul 10.22 malam. Difahamkan pesawat tersebut sepatutnya mendarat di Singapura pada tengah malam semalam. Baca lagi | https://themalaysiapostt.blogspot.com/2023/03/tindakan-tegas-kerajaan-memerangi-lgbt.html?m=1 Jabatan Bomba dapat amaran kecemasan Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata bahawa jabatan tersebut diberi amaran oleh pihak Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Kapal Terbang (AFRs) Kota Kinabalu pada jam 9.49 malam. Pasukan kemudian dihantar ke lokasi kejadian untuk menilai situa...