Malaysia Dimuktamadkan FTA Dengan Negara-Negara EFTA, Tandatangan Rasmi Dijadualkan Pada Jun 2025
Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam ekonomi global apabila berjaya memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara-negara anggota EFTA, iaitu Iceland, Liechtenstein, Norway, dan Switzerland. Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), perjanjian ini bertujuan untuk mencapai penghapusan kekal duti import antara Malaysia dan negara-negara tersebut. Penandatanganan rasmi FTA ini dijangka berlangsung pada Jun 2025, menandakan satu langkah penting ke arah memperluaskan pasaran Malaysia dan meningkatkan daya saing produk tempatan di peringkat antarabangsa. Apa Itu EFTA? European Free Trade Association (EFTA) merupakan blok perdagangan bebas yang ditubuhkan pada tahun 1960, melibatkan negara-negara yang memilih untuk tidak menyertai Kesatuan Eropah (EU). Negara-negara anggota EFTA dikenali dengan kestabilan ekonomi, kualiti hidup tinggi, dan dasar perdagangan yang terbuka. Kepentingan FTA Malaysia-EFTA: Peng...