Posts

Showing posts with the label KWSP

Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP untuk Ibadah Haji

Image
  Kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Akaun Persaraan KWSP untuk mengerjakan haji, namun pengeluaran melalui Akaun Sejahtera dibenarkan untuk yang terpilih. KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – Kerajaan telah menegaskan bahawa sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibenarkan untuk tujuan mengerjakan ibadah haji. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, menyatakan keputusan ini adalah untuk memastikan ahli KWSP mempunyai simpanan asas mencukupi sebanyak RM240,000 ketika mencapai usia persaraan bagi memastikan kelangsungan hidup yang mencukupi. “KWSP Institusi Keselamatan Sosial” Lim Hui Ying menjelaskan bahawa KWSP berfungsi sebagai institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu ahli menyediakan simpanan persaraan, yang amat penting demi kesejahteraan hidup di hari tua. Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/kerajaan-tidak-benarkan-pengeluaran-kwsp-untuk-ibadah-haji/

Adakah Kadar Dividen KWSP Akaun 3 Lebih Rendah Daripada Akaun 1 atau 2?

Image
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pelancaran Akaun 3 baharu pada 11 Mei, mengundang perhatian pencarum terhadap potensi kesan kepada kadar dividen yang diterima. Isu yang timbul ialah adakah kadar dividen untuk Akaun 3 akan lebih rendah berbanding Akaun 1 atau 2, memandangkan pencarum boleh mengeluarkan dana daripadanya. Penjelasan KWSP Dalam menjawab kebimbangan pencarum di media sosial, KWSP memberi jaminan bahawa tidak akan ada perbezaan kadar dividen di antara Akaun 1, 2, dan 3. Mereka memastikan bahawa dividen untuk Akaun 3 (Akaun Fleksibel) sama dengan Akaun 1 (Akaun Persaraan) dan Akaun 2 (Akaun Kesejahteraan). Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/penjaga-haiwan-diserang-panda-di-zoo-chongqing-mengejutkan-pengunjung/

Akaun 3 KWSP: Peluang Baru untuk Pengeluaran Fleksibel

Image
  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum pelan untuk memperkenalkan Akaun 3, sebuah inisiatif baharu yang pencarum mengeluarkan dana pada bila-bila masa. KWSP akan memperkenalkan Akaun 3, satu lagi inisiatif untuk memberi fleksibiliti kepada ahli dalam pengurusan kewangan mereka. Butiran awal telah didedahkan, memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana akaun ini akan beroperasi dan manfaat yang ditawarkannya kepada ahli KWSP. Artikel ini akan mengupas butiran penting mengenai Akaun 3 KWSP, termasuk tarikh bermula, peraturan pengeluaran, dan impaknya terhadap ahli KWSP. Tarikh Bermula dan Peraturan Pengeluaran Menurut maklumat yang diberikan, Akaun 3 KWSP akan dilancarkan pada bulan Mei. Salah satu ciri penting Akaun 3 adalah kemampuannya untuk membolehkan ahli mengeluarkan dana pada bila-bila masa. Berbeza dengan Akaun 1 dan Akaun 2 yang mempunyai peraturan ketat mengenai pengeluaran, Akaun 3 memberikan kelonggaran kepada ahli untuk menggunakan dana mereka mengikut ...

Tips Labur EPF Paling Mudah Guna Akaun 1 KWSP

Image
  Ahli perlu memenuhi kriteria seperti mempunyai jumlah wang yang mencukupi dalam akaun KWSP dan mematuhi syarat-syarat pengeluaran akaun 1 untuk pelaburan unit trust. Formula pengiraan juga perlu digunakan untuk menentukan jumlah maksimum yang boleh dilaburkan. Pelaburan dalam unit trust mempunyai risiko, dan setiap pelabur perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan. Pelabur yang sesuai untuk melabur dalam unit trust termasuklah ibu bapa yang ingin menyimpan untuk  pendidikan anak-anak , anak muda yang merancang untuk berkahwin atau membeli rumah dalam tempoh lima tahun ke atas. Syarat Untuk Pengeluaran Akaun 1 Untuk Melabur Dalam Unit Trust Bermula 1 Januari 2017, ahli dibenarkan untuk melaburkan simpanan mereka di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA). Namun pelaburan ini hendaklah tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan. Pelaburan dibuat melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Jumlah minimum pelaburan RM1,000.00. Syarat-syarat am prosedur...

Rakyat Tak Minat Dengan Pinjaman Bercagar KWSP

Image
  Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Sinar Harian di platform media sosial mendapati bahawa majoriti responden tidak berminat untuk memohon pinjaman bank menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bermula hari ini. Daripada jumlah 4,714 responden yang mengambil bahagian dalam tinjauan pendapat yang dilakukan dalam tempoh 24 jam di Instagram dan Twitter, hanya 13% responden yang menyatakan minat untuk memohon pinjaman melalui FSA2. Ini disahkan melalui hasil tinjauan di Twitter, di mana hanya 17% atau 45 dari 263 responden yang menyatakan minat untuk memohon pinjaman melalui FSA2, manakala 83% atau 218 responden lain tidak berminat untuk membuat pinjaman tersebut. FSA2 adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan membolehkan mereka membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membuat pembayaran balik pinjaman bank yang diluluskan oleh bank-bank yang terlibat. Syarat-syarat terten...

Pencarum KWSP Boleh Mohon Pinjaman Bank Mulai 7 April

Image
  Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 40 tahun ke atas dengan baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 mereka, kini layak untuk membuat pinjaman bank melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). KWSP mengumumkan dalam kenyataan bahawa Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) akan dilaksanakan dalam dua fasa dan ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang terlibat iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kadar faedah yang rendah Kadar faedah atau keuntungan yang akan dikenakan oleh bank-bank tersebut adalah lebih rendah daripada kadar pasaran semasa. Pelaksanaan skim ini akan bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun dalam Fasa 1, manakala tarikh mula untuk Fasa 2 untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat. Ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun juga boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun menerusi kemudahan ini, dengan jumlah pembiayaan maksimum ditetapk...