Malaysia dan Masa Depan Aset Digital
Menyemai Inovasi Melalui Kerjasama Strategik Baru-baru ini, saya telah berpeluang mengadakan pertemuan produktif bersama Pengasas Binance, Changpeng Zhao (CZ), bagi membincangkan potensi Malaysia sebagai sebuah hab utama dalam industri aset digital dan blockchain yang sedang berkembang pesat. Dalam pertemuan tersebut, kami menyentuh tentang peranan Malaysia dalam membina ekosistem yang menyokong inovasi teknologi secara bertanggungjawab, sekaligus menjadikan negara ini sebagai peneraju di rantau Asia Tenggara dalam transformasi digital global. Menyediakan Landasan untuk Inovasi Saya mengalu-alukan dialog berterusan bersama agensi-agensi penting seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Digital. Kerjasama strategik antara kerajaan, pengawal selia dan industri adalah penting bagi memastikan setiap inovasi yang diperkenalkan adalah selamat, beretika dan mampan. Melalui pendekatan ini, kita bukan sahaja memperkukuh keyakinan pelabur, malah...