TOP 5 Pulau Paling Indah di Dunia
Pernah terfikir tak negara mana yang mempunyai pantai paling cantik di dunia? Jom ketahui TOP 5 pulau yang merupakan keajaiban alam yang tiada tandingan ini Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang 5 negara pulau paling indah di dunia. Semua pulau ini merupakan destinasi pelancongan popular di dunia dengan kunjungan pelancong yang cukup ramai. Jom teroka senarainya! 5. Fiji — Destinasi Eksotik di Pasifik Selatan Pada tahun 2022, Fiji menyaksikan kedatangan 636,312 pelancong, walaupun mengalami penurunan sebanyak 34.3% berbanding tahun 2019 sebelum pandemik. Ekonomi Fiji pernah merosot sebanyak 20% disebabkan sekatan perjalanan global yang dilaksanakan ketika pandemik wabak. Namun, ekonomi negara ini semakin pulih selepas membuka sempadan pada Disember 2021. Selepas pemulihan sekitar 15.6% pada tahun 2022, ekonomi Fiji dijangka berkembang sebanyak purata 6.8% pada tahun 2023–24 dengan pemulihan sektor pelancongan dan penggunaan domestik yang kukuh. 4. Saint Lucia — Kepulauan K...