Hina Institusi Diraja Malaysia Di FB, ‘Tuk Chik’ Ditahan
Pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki warga tempatan selepas didapati memuat naik hantaran yang dikatakan mengandungi penghinaan terhadap institusi Diraja di laman media sosial Facebook. Suspek yang berusia 49 tahun dengan nama penggunanya ‘Tuk Chik’, ditahan di Pendang, Kedah pada Rabu dan telah disoal selama empat hari bermula Khamis di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tindakan tegas akan diambil — Noorsiah Bagi mengelakkan kebimbangan di kalangan orang ramai dan mengancam keharmonian negara, Datuk Noorsiah menggesa pengguna media sosial untuk menggunakan platform tersebut dengan bijak dan berhemah. Orang ramai perlu memahami betapa pentingnya menjaga keharmonian negara terutama berkaitan dengan ...