Posts

Showing posts with the label Johor

Cuti Sabtu, Ahad Semua Sekolah di Johor Bermula Januari 2025

Image
  KPM mengumumkan perubahan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad untuk semua sekolah di Johor. Baca lebih lanjut perubahan terbaru kalendar akademik ini. PUTRAJAYA, 11 Oktober 2024 - Bermula 1 Januari 2025, institusi pendidikan di negeri Johor akan diletakkan dalam Kumpulan B susulan pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri tersebut. Keputusan ini dibuat setelah Pemangku Sultan Johor, DYAM Tengku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim , menitahkan agar cuti hujung minggu dikembalikan semula kepada Sabtu dan Ahad berbanding cuti sedia ada pada Jumaat dan Sabtu. Perubahan ini dijangka memberi impak kepada hampir semua institusi pendidikan di negeri itu, termasuk sekolah-sekolah rendah, menengah, dan institusi pengajian tinggi. Johor kini akan berada dalam Kumpulan B bersama-sama Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, dan Selangor. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Jumaat lal...

Isu Tanah Rizab: Orang Asli Serah Memorandum Bantahan Kepada Pejabat Menteri Besar Johor

Image
Bagi semua Orang Asli, tanah bukanlah hanya sekadar harta, tetapi ia juga merupakan sebuah warisan, nyawa, harga diri, keturunan, maruah, serta merupakan keseluruhan kehidupan bagi Orang Asli dan tanpanya semua keturunan Orang Asli tidak akan mampu bertahan sehingga sekarang. Demikianlah pernyataan yang tegas dinyatakan oleh Dolah Tekoi, Pengerusi Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor, yang memimpin lebih dari 200 anggota masyarakat dalam perhimpunan aman dan penyerahan memorandum bantahan terhadap cadangan untuk mengkategorikan tanah rizab Orang Asli sebagai Tanah Kesultanan. Perhimpunan tersebut diadakan di hadapan bangunan Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar pada hari ini. Memorandum tersebut diserahkan setelah menunggu sekitar 30 minit kepada Setiausaha Sulit II kepada Menteri Besar Johor, Mohamad Iskandar Omar. Bimbang Bakal Hilang Tempat Berteduh Dolah menyatakan kebimbangan masyarakat Orang Asli Johor terhadap pengekategorian mereka di bawah Tanah Kesultanan, yang akan...