Posts

Showing posts with the label kuih

Senarai Makanan Warisan Negara: Pengiktirafan Terkini 2024

Image
  Dalam pengumuman Pengisytiharaan Objek Warisan 2024, ini 10 makanan yang telah diiktiraf sebagai warisan negara yang penuh dengan keunikannya yang tersendiri. Pada 29 Februari 2024, senarai makanan warisan negara telah dikemaskini, mengekalkan keunikan dan kepelbagaian warisan kuliner Malaysia. Terdapat sepuluh hidangan istimewa yang baru-baru ini dianugerahkan status warisan negara, melalui Pengisytiharaan Objek Warisan 2024 yang disampaikan oleh Mohamad Muda Bahadin, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara. 1. Burasak Burasak, hidangan tradisional yang memukau dengan cita rasa uniknya. Hidangan ini melambangkan keindahan warisan kita yang terus hidup dan dijaga. 2. Mi Kolok Mi Kolok, kegemaran di Sarawak yang menyajikan kenikmatan unik dalam setiap suapan. Keunikan hidangan ini memberinya tempat di dalam senarai makanan warisan negara. 3. Nasi Ambeng Nasi Ambeng, juadah lazat etnik Jawa yang mendapat tempat di hati penduduk di Johor dan Selangor. Komuniti Jawa yang besar di ...