Posts

Showing posts with the label aset

Rohana Sudah Pulangkan Aset 1MDB

Image
 Kuala Lumpur - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan dikatakan telah memulangkan AS$10 juta (RM44.26 juta) yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berita ini dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada hari ini. Menurut sumber yang tidak disebutkan namanya, Rohana telah memulangkan semua wang dan aset yang berkaitan dengan SPRM pada tahun lalu selepas siasatan SPRM selesai. Walau bagaimanapun, sumber tersebut tidak memberikan butir-butir terperinci mengenai bagaimana Rohana memulangkan wang tersebut, termasuk aset yang tidak dinyatakan, kepada SPRM. "Siasatan SPRM membabitkan Rohana berhubung dana 1MDB telah selesai dan tiada apa-apa lagi yang diperlukan berhubung kes itu," kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia semalam. Tiada maklumat yang jelas Pada 13 April tahun lalu, Rohana bersetuju untuk memulangkan AS$10 juta yang diberikan oleh bekas rakan kongs...