UTP Meneraju Kajian Teknologi Hidrogen di Malaysia
angkah Strategik ke Era Tenaga Bersih Universiti Teknologi Petronas (UTP) baru-baru ini mencuri tumpuan dalam bidang penyelidikan tenaga dengan inisiatif terbaru untuk meneraju kajian teknologi hidrogen di Malaysia. Pelangkah baru ini diperkuatkan melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) bersama dua institusi pengajian tinggi ternama dari Norway, iaitu University of South-Eastern Norway dan University of Stavanger. Memperkasakan Kepakaran dalam Teknologi Hidrogen Teknologi hidrogen semakin mendapat tempat sebagai alternatif utama dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon global. Dengan keupayaan untuk menghasilkan tenaga bersih dan sumbangan potensinya kepada penangkapan serta penyimpanan karbon (CCUS), hidrogen menjanjikan transformasi besar dalam sektor minyak & gas, maritim & perkapalan, dan tenaga boleh baharu. UTP, melalui kerjasama strategik ini, membuka peluang untuk meningkatkan kepakaran tempatan dalam bidang teknologi yang sedang mencipta gelomb...