Posts

Showing posts with the label MalaysiaMADANI RancakkanMADANI MADANIBekerja PembangunanSeimbang KelestarianAlam PengurusanTanah KerjasamaKerajaan RMK13 MasaDepanBersama

Mesyuarat Ke-82 Majlis Tanah Negara

Image
 Memastikan Pembangunan Seimbang dan Kelestarian Alam   Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Ke-82 Majlis Tanah Negara (MTN), satu platform penting yang mengumpulkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk meneliti perancangan dan pengurusan tanah negara. Mesyuarat ini bertujuan memastikan tanah digunakan secara optimum, seimbang antara tuntutan ekonomi, keperluan sosial, dan kelestarian alam sekitar. Fokus utama mesyuarat hari ini adalah memperkukuh aspek pengawalseliaan tanah agar lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat, dan responsif terhadap keperluan serta realiti semasa. Langkah ini menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan penggunaan tanah tidak hanya memberi manfaat ekonomi tetapi juga mengekalkan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. Selain itu, mesyuarat turut menekankan komitmen untuk mengekalkan 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan, selaras dengan aspirasi antarabangsa serta hala tuju Rancangan Malaysia Ke-...