Pengakap Johor 2025
Nilai Kemanusiaan Bertemu Era Digital Saya berpeluang menghadiri Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 di Tanjung Leman, Mersing, Johor, bersama ahli pengakap dari pelbagai lapisan masyarakat. Kehadiran ribuan peserta membuktikan bahawa institusi pengakap bukan sahaja masih relevan, malah terus berkembang seiring dengan perubahan zaman. Dalam sesi ‘Anwar X Scouts’ , saya menekankan bahawa pengakap akan sentiasa kekal relevan sekiranya dipimpin dengan nilai-nilai murni yang tidak lapuk ditelan zaman—kemahiran, disiplin, dan perpaduan—serta digabungkan dengan nilai kemanusiaan sejagat. Nilai inilah yang menjadikan pengakap bukan sekadar aktiviti kokurikulum, tetapi sebuah sekolah kehidupan. Namun, saya juga mengingatkan bahawa nilai kemanusiaan ini kini perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini , termasuk kecerdasan buatan (AI) . Generasi muda yang terdedah dengan cabaran global memerlukan keseimbangan antara teknologi dan kemanusiaan agar mereka mampu...