Malaysia Memperkukuh Hubungan Diplomatik dan Peluang Ekonomi di Afrika

 


Saya bersama delegasi Malaysia kini berlepas ke Addis Ababa, Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia, untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Abiy Ahmed Ali. Selain itu, kami turut dijadualkan bertemu dengan pemimpin industri, pemimpin perniagaan, serta tokoh-tokoh Islam bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Ethiopia.

Selepas itu, perjalanan kami akan diteruskan ke Johannesburg, Republik Afrika Selatan, bagi mewakili negara di Persidangan G20. Dalam kunjungan ini, pertemuan dengan Presiden Cyril Ramaphosa juga akan diadakan bagi membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, dan pembangunan dua hala.

Seterusnya, saya akan menuju ke Nairobi, Republik Kenya, untuk sesi pertemuan bersama Presiden William Ruto. Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Kenya, meneroka peluang baharu dalam pelaburan dan kerjasama strategik, serta bertemu tokoh-tokoh Islam yang berperanan penting dalam membina jaringan diplomasi dan kerjasama.

Malaysia akan terus memperjuangkan kepentingan negara serta memperkukuh kedudukan negara di peringkat antarabangsa melalui pendekatan multilateral. Misi ini juga menekankan usaha untuk memperluas peluang pelaburan dan ekonomi, sambil mengukuhkan seni diplomasi dan hubungan antarabangsa negara.

Saya memohon doa daripada semua pihak agar urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, supaya manfaat terbaik dapat dibawa pulang demi kepentingan rakyat dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif