Azizah dan Saya Bersedih Atas Pemergian Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani
Saya dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah, amat berdukacita menerima berita pemergian Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, pada awal pagi ini.
Berita ini amat mengejutkan dan menyedihkan kami, lebih-lebih lagi kerana saya baru sahaja berkesempatan bertemu dengan Abang Jo semalam. Hubungan persahabatan dan saling menghormati antara kami menjadikan berita ini lebih menyentuh hati.
Di saat-saat getir sebegini, seluruh fikiran dan doa kami sekeluarga tertumpu kepada Abang Jo dan ahli keluarganya. Kami mendoakan agar mereka diberi ketabahan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian besar ini. Kehilangan seorang isteri, ibu, dan tokoh wanita yang dihormati sudah pasti meninggalkan ruang yang sukar diganti.
Kami juga memohon agar roh Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani diampuni segala dosanya, dilapangkan kuburnya, dan ditempatkan bersama para solihin di sisi Allah SWT.
Al-Fatihah.
.png)
Comments
Post a Comment