PN Rehatkan Pengacara Majlis PRK Nenggiri Kerana Isu 'Kafir Harbi' Terhadap DAP
Perikatan Nasional (PN) merehatkan seorang pengacara majlis dari kempen PRK DUN Nenggiri selepas tersasul menyebut 'kafir harbi' terhadap DAP.
GUA MUSANG, 10 Ogos 2024 – Perikatan Nasional (PN) terpaksa 'merehatkan' sementara seorang pengacara majlis daripada program ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setelah individu tersebut dikatakan tersasul dengan menyebut perkataan 'kafir harbi' terhadap DAP. Kejadian tersebut berlaku dalam ceramah di Sungai Asap malam kelmarin.
Pengarah Operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan bahawa individu terbabit telah direhatkan selama tiga hari mulai kelmarin dan tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti ceramah kempen sepanjang tempoh tersebut.
Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/pn-rehatkan-pengacara-majlis-prk-nenggiri-kerana-isu-kafir-harbi-terhadap-dap/
.png)
Comments
Post a Comment