Kanak-Kanak 12 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Selepas Tular Memandu Kereta


Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang selepas tular memandu kereta di Puchong.

SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tular kerana memandu kereta di kawasan perumahan Taman Putra Impiana, Puchong, telah menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang hari ini. Kanak-kanak tersebut yang masih di bawah umur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Kanak-kanak itu didakwa mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Tuduhan ini adalah berikutan tindakan memandu sebuah Perodua Viva pada 29 Julai lalu, ketika umurnya baru sahaja mencapai 12 tahun dan tiga bulan.

Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/kanak-kanak-12-tahun-mengaku-tidak-bersalah-selepas-tular-memandu-kereta/

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif