4 Jenis Makanan Yang Patut Diambil Untuk Hidup Lebih Lama Menurut Doktor



Kajian yang dilakukan telah menemukan bahawa terdapat 4 jenis makanan yang perlu kita ambil jika ingin mempunyai kesihatan yang baik dan umur yang panjang. 


Kajian yang melibatkan 100,000 peserta dan 47,000 kematian telah menemukan bahawa erdapat empat jenis makanan khas yang perlu kita ambil supaya dapat mengekalkan kesihatan.Khasnya, makanan-makanan ini juga lebih baik untuk alam sekitar berbanding yang lain. Mengamalkan diet yang lebih mampan dari segi alam sekitar boleh mengurangkan risiko kematian dalam tempoh 30 tahun akan datang sebanyak seperempat, mengikut dapatan kajian.


Penemuan Penyelidik Menyokong Diet Mampan

Penyelidik telah menghasilkan skor diet baru untuk makanan yang mereka harapkan akan mendorong lebih ramai daripada kita untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik sambil membantu alam sekitar. Empat jenis makanan utama adalah:


1. Gandum Penuh

2. Buah-buahan

3. Sayur-sayuran Tidak Berpati

4. Kekacang


Makanan Yang Perlu Dielakkan

Di bahagian bawah senarai, terdapat makanan yang perlu dielakkan termasuk telur dan daging yang diproses. Makanan berasaskan tumbuhan berkait rapat dengan risiko yang lebih rendah terhadap penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser usus besar, diabetes, dan strok. Selain itu, ianya memberikan impak yang lebih kecil kepada alam sekitar dari segi penggunaan air, penggunaan tanah, pencemaran nutrien, dan pelepasan gas rumah hijau.


Baca lagi | https://themalaysiapost.com/4-jenis-makanan-yang-patut-diambil-untuk-hidup-lebih-lama-menurut-doktor/

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif