Hampir 90% Pelajar Melakukan Penipuan Guna ChatGPT Dalam Peperiksaan
Rehan Haque, daripada syarikat kecerdasan buatan Metatalent.ai, berkata: ‘Kita sudah sampai pada tahap di mana AI boleh menulis projek keseluruhan, dan kemudian alat AI yang berbeza dapat mengubahnya supaya AI tidak terdetect. ‘Pada masa kini, lebih separuh pelajar kemungkinan menggunakan alat AI untuk menipu sistem pendidikan dalam peperiksaan atau esei, tetapi tidak akan mengejutkan jika angka itu sudah lebih tinggi iaitu melakukan penipuan guna ChatGPT.’
Adakah Pihak Pendidik Akan Menggunakan Ujian Bertulis Untuk Mengatasi Penipuan AI?
Beliau menambah: ‘Jika pihak pendidik mengabaikan ancaman penipuan berdasarkan AI, saya boleh melihat lebih daripada 90 peratus pelajar menipu dengan cara ini [di masa depan].’
Kemaskini GPT-4 baru OpenAI (GPT-3 dan GPT-4 adalah model yang menjadi asas ChatGPT) mampu mendapatkan markah 90 peratus dalam banyak peperiksaan, termasuk peperiksaan bar Amerika.
Bot AI juga mampu menulis esei yang mirip dengan manusia mengenai apa sahaja dalam masa beberapa saat, sebagai respons kepada teks mudah.
Pencipta OpenAI sedang mengusahakan alat untuk mengesan kandungan yang ditulis oleh AI, tetapi memberi amaran bahawa ia tidak 100 peratus tepat.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/hampir-90-pelajar-melakukan-penipuan-guna-chatgpt-dalam-peperiksaan/

Comments
Post a Comment