Muhyiddin, Abdul Hadi Awang Perlu Buktikan Tidak Terlibat Dalam Komplot Gulingkan Kerajaan Perpaduan — Lim Kit Siang


Gesaan ke atas pemimpin Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat oleh Lim Kit Siang agar mereka patuh dengan peringatan Yang di-Pertuan Agong dan tidak berkomplot Gulingkan kerajaan Perpaduan.

Kit Siang juga menggesa dua pemimpin parti itu untuk buktikan dan isytihar bahawa kedua-dua parti berkenaan tidak terlibat dalam sebarang gerakan untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Perlu Akur Dengan Titah Yang di-Pertuan Agong

Ujar Veteran DAP, Lim Kit Siang itu, peringatan yang disampaikan itu merujuk kepada titah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu yang mahukan kestabilan politik negara dijadikan sebagai keutamaan.

Beliau berharap dengan titah tersebut Muhyiddin dan Abdul Hadi Awang akan akur dengan ketetapannya.

Titah ini telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu ketika membuat perasmian Parlimen ke-15 pada bulan februari yang lalu.

Namun ujar Lim Kit Siang, perkara ini tidak diikuti oleh kedua-dua parti yang dinaungi oleh Muhyiddin dan Tok Guru Abdul Hadi Awang itu sejak tiga bulan yang lalu.

Ujian Buat Para Pemimpin

Katanya lagi, ini merupakan ujian sama ada para pemimpin politik sanggup untuk mengetepikan kepentingan peribadi serta parti politik demi kepentingan untuk negara.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri merujuk kepada kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung isu kestabilan kerajaan, walaupun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berakhir pada enam bulan yang lalu.

Dalam kenyataan itu, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa rakyat, ekonomi, kesejahteraan, dan
kemakmuran negara perlulah diutamakan dan mengharapkan kestabilan politik negara.

Baca lagi | https://themalaysiapost.com/muhyiddin-abdul-hadi-awang-perlu-buktikan-tidak-terlibat-dalam-komplot-gulingkan-kerajaan-perpaduan-lim-kit-siang/

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif