Pengukuhan USD Tidak Jejas Negara Malaysia
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Perdana Menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia menyatakan bahawa
pengukuhan dolar Amerika Syarikat tidak akan menjejaskan pendapatan dan
perbelanjaan negara Malaysia walaupun harga barangan import seperti benih dan
baja memberi sedikit impak kerana mata wang ringgit yang rendah pada masa kini.
Namun, wang ringgit Malaysia disahkan masih
stabil dan kekal positif berbanding mata wang negara lain seperti dolar
Australia, yen Jepun atau wang pound Britain. Apa yang lebih menguatkan hujah
beliau ialah kerajaan tidak terikat
dengan hutang berasaskan dolar AS terlalu banyak, yang mana bayaran dolar AS
ini termasuklah hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Datuk Seri Anwar
ketika ditanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari
ini.
Anwar berkata lagi bahawa pengukuhan dollar
AS didorong oleh kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat berbanding Kadar
Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia yang kini berada pada 2.75 peratus.
“Saya kira kawalan BNM mengambil kira semua
faktor ini.
“Mereka mengambil keputusan mengekalkan
kadar faedah dan pada waktu yang sama dapat pertahankan kekuatan ringgit dan
inflasi”, ucap Anwar dengan menyatakan inflasi dijangkakan akan terus berada
pada landasaan unjuran yang sama seperti tahun lepas, iaitu 3.3 peratus.
Bagaimana perbelanjaan negara kekal
positif di saat pengukuhan USD
Ketika pengukuhan USD berlaku, nilai tukar
antara mata wang itu dengan mata wang lain akan berubah. Namun, jika kerajaan
mempunyai hutang dalam dolar AS, nilai hutang tersebut juga akan berkurangan
apabila nilai tukar dolar AS meningkat.
Oleh itu, jika pendapatan kerajaan datang
dari eksport, pengukuhan dolar AS sebenarnya boleh meningkatkan pendapatan
kerajaan kerana nilai tukaran yang lebih tinggi bermakna mata wang lain dapat
membeli lebih banyak dolar AS. Begitu juga, perbelanjaan kerajaan yang dibuat
dalam mata wang asing seperti dolar AS, dapat dikurangkan jika nilai tukaran dolar
AS naik.
Namun, jika kerajaan mempunyai hutang dalam
dolar AS, pengukuhan dolar AS akan menjadikan hutang tersebut lebih mahal untuk
dibayar. Namun, kerajaan boleh mengambil langkah untuk melindungi hutang
tersebut seperti menjalankan swap mata wang atau melindungi diri daripada
risiko pertukaran asing.
Oleh itu, meskipun pengukuhan dolar AS
boleh memberi kesan pada ekonomi, ia tidak semestinya akan memberi kesan
terhadap pendapatan dan perbelanjaan kerajaan, bergantung pada bagaimana hutang
dan pendapatan kerajaan diuruskan.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/pengukuhan-usd-tidak-jejas-negara-malaysia/

Comments
Post a Comment