Eina Azman Menangis Kena Prank Dengan Suami
Pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman,
27, baru-baru ini mengeluarkan produk keluaran terbaru dalam platform TikTok
yang dihoskan oleh Didie Alias pada Jumaat malam semalam. Ketika acara
pelancaran tersebut, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah hadir
membawa jambangan duit RM100 yang tidak dapat dipastikan jumlah sebenar.
Namun, kejutan yang dibuat oleh suaminya
itu sebenarnya hanyalah sebuah ‘prank’. Eina yang terkejut dan tidak menyangka
dengan kejutan tersebut mengalirkan air mata. Menurut Eina, tindakan suaminya
itu telah membuatkan hatinya terguris kerana suaminya tidak memberi ucapan
selamat hari lahir pada 13 Mac lalu.
Baca lagi | https://themalaysiapostt.blogspot.com/2023/03/harimau-selatan-baham-selangor.html?m=1
Eina ‘overthinking’, kes 'penyondol'
berleluasa
Eina juga mengakui bahawa kes 'penyondol'
yang semakin berleluasa menjadi punca timbulnya perasaan risau. Namun, suaminya
meminta maaf kerana tidak menyangka kejutan tersebut akan membuatkan hati
isterinya terguris.
Sebelum ini, Eina juga berkongsi ayat
berkaitan ‘menghargai’ seseorang dalam hantaran yang berbeza di Instagram.
Video pendek yang dimuat naik oleh Eina di akaun TikToknya yang menunjukkan
dirinya sedang menangis telah mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan
netizen.
Meskipun tidak mendedahkan secara
terperinci apakah masalah yang sedang dilaluinya, peminat berharap agar
hubungan Eina dan suaminya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan bukan
disebabkan oleh orang ketiga. Eina berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet
Abdullah pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan anak kembar iaitu Karl Kareef
dan Arianna Aubrey yang berusia 6 tahun.
Eina Azman dan suami 'power couple'
Selain daripada itu, Eina Azman juga
merupakan seorang usahawan dan pereka fesyen yang berjaya dengan jenama pakaian
sendiri iaitu Eina Azman Collection. Beliau juga dikenali sebagai seorang
aktivis sosial yang sering mengambil bahagian dalam kempen-kempen kebajikan dan
amal.
Eina Azman memulakan kerjaya lakonan pada
tahun 2013 dengan muncul dalam drama Love You Mr. Arrogant. Sejak itu, beliau
telah membintangi beberapa drama popular seperti Hati Perempuan, Suri Hati Mr.
Pilot, dan juga Anakku Diva.
Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser
Gurmeet Abdullah, juga dikenali sebagai pasangan yang sering tampil bergaya dan
elegan dalam majlis-majlis sosial dan acara-acara terkini. Mereka sering
dikaitkan sebagai pasangan 'power couple' dalam dunia seni dan fesyen di
Malaysia.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/eina-azman-menangis-kena-prank-dengan-suami/

Comments
Post a Comment